Text

Ada Kamera & Minat Ambil Gambar?
Mahu Buat Duit Dengan Bisnes Fotografi!?

Ketahui Cara Menjana Pendapatan Antara RM1,000 hingga RM3,000 Sebulan Menggunakan Kamera Anda!

Dari : Lightworks Picture™
Tarikh :
Perkara :Fotografi Satu Peluang Bisnes Untuk Sesiapa Sahaja.

Tahukah anda fotografi ialah satu hobi yang sangat menguntungkan? Tanpa modal yang besar dan peralatan canggih pun, sesiapa sahaja termasuk anda boleh memulakannya. Dengan syarat anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang betul bagaimana untuk bermula dari awal sehingga ke tahap mengembangkannya.

Anda bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan anda boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya, anda masih boleh untung sekitar RM2,000 sebulan.

Jurufoto Profesional, Dibayar Sehingga RM7,000 Untuk 1 Sesi Fotografi.

Itu hanyalah contoh. Dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K - 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K – 3K sehari. Dan anda juga boleh sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat sekiranya anda berminat dan tahu cara memasarkan perkhidmatan fotografi anda.

Anda fikir semua ini karut? Biar kami beri sedikit penjelasan. Saban tahun semakin ramai bakal pengantin yang akan berkahwin. Untuk melangsungkan perkahwinan, mereka akan mengadakan kenduri dengan menjemput saudara-mara dan kenalan seramai mungkin untuk memeriahkan majlis.

Kalau setakat nak keluar belanja RM20,000 itu satu perkara biasa bagi masyarakat Melayu moden terutamanya di kawasan bandar. Belanja untuk catering, khemah, pelamin, khidmat jurufoto, p.a. system, hantaran, doorgift, kumpulan kompang, solekan, mandi bunga, pakaian pengantin dan banyak lagi – itu perkara-perkara yang mesti ada untuk mengadakan walimatul-urus.

Kebanyakan orang tidak mengalami masalah besar mengeluarkan banyak wang untuk berkahwin kerana mereka mendapat sebahagian sokongan kewangan dari ahli keluarga dan saudara-mara. Ramai bakal pengantin sanggup membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran ala-ala VIP. Lagipun hasil wang sedekah yang akan diterima dari para tetamu mungkin boleh cover sekurang-kurangnya 30% daripada kos belanja kahwin.

Untuk mengupah jurufoto yang berkebolehan menghasilkan foto-foto perkahwinan yang cantik, mereka tidak kisah untuk membayar sehingga ribuan ringgit. Asalkan mereka puas hati supaya foto-foto perkahwinan mereka boleh diabadikan menjadi kenangan terindah. Jika anda pandai shoot dan bijak menawarkan pakej yang menarik, jangan terkejut ada bakal pengantin yang sanggup membayar sehingga RM4,000.

Jurufoto Profesional Masih Lagi Tidak Mencukupi!

Yang menjadi satu masalah di Malaysia hari ini ialah industri fotografi perkahwinan semakin meningkat setiap tahun. Tetapi jumlah jurufoto yang mengikut standard profesional adalah terlalu sedikit. Memang betul, terdapat ramai jurufoto kahwin di luar sana tetapi kebanyakan daripada mereka hanyalah golongan hobbyist. Jurufoto hobbyist tidak mempunyai banyak ilmu teknikal dalam selok-belok fotografi perkahwinan. Tahap kualiti foto-foto mereka pun hanya setanding dengan orang yang menggunakan kamera digital berharga RM400.

Ramai pasangan pengantin terpaksa mengupah jurufoto-jurufoto hobbyist ini kerana faktor kekurangan jurufoto yang betul-betul berkebolehan dalam menghasilkan foto-foto perkahwinan yang menarik dan memukau mata. Jadi, di sinilah peluang keemasan anda. Jika anda tahu cara yang betul untuk menjadi wedding photographer (tak perlu ada kelulusan kolej dan universiti), anda boleh mendapat banyak tawaran daripada ramai bakal pengantin yang akan berkahwin.

Apabila anda telah mendapat banyak tawaran dan menjadi semakin pro, anda boleh tawarkan pakej berharga dari RM3,000 sehingga RM7,000. Cuba kira, berapa keuntungan anda dapat sekiranya anda mendapat kerja fotografi perkahwinan setiap minggu sepanjang tahun?

Fotografi kahwin ialah salah satu bisnes yang tidak akan merosot sampai bila-bila pun. Tiada jurufoto individu atau syarikat fotografi yang mampu memonopoli pasaran fotografi kahwin di Malaysia. Setiap jurufoto baru seperti anda berpeluang untuk merebut ‘lubuk duit’ ini.

Mesti anda berangan-angan untuk menjadi kaya dengan fotografi perkahwinan sahaja. Tapi tunggu dulu……Terdapat banyak lagi genre-genre fotografi yang popular di Malaysia dan menguntungkan untuk anda ceburi sekiranya anda mahu menjadi jurufoto profesional secara sepenuh-masa.

 

Jawap Terlebih Dahulu Soalan Ini!

Jika jawapan anda ‘YA!’, anda sangat bertuah kerana di sini anda  berpeluang untuk mengetahui rahsia mudah bagaimana untuk memulakan bisnes fotografi dari pakar industri fotografi.

 

Siapa Kami?

Team LP

Kami ialah krew Lightworks Picture™ berpengalaman lebih lima tahun dalam industri fotografi dan videografi di seluruh Malaysia. Kami mempunyai ramai klien dari sektor kerajaan, swasta dan juga orang persendirian.

Kami telah mendapat ratusan projek fotografi dan videografi dalam pelbagai projek seperti : -

Berikut ialah contoh foto-foto portfolio kerja kami :

  • IMG_0236
  • wowslider.net
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 IMG_023612 13 14 15 16

Peluang Jana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi!

Jika anda seorang lepasan SPM atau sedang belajar di IPT, mungkin anda terfikir apakah peluang terbaik untuk dapatkan income secara lumayan. Anda mungkin tidak mahu jadi terlalu kaya-raya, tetapi kalau boleh beli motor, laptop, smartphone, pakaian atau apa-apa sahaja keperluan, apa salahnya mencuba satu peluang bisnes mudah yang mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Tidak kira sama ada anda : -

Fotografi Ialah Satu Bisnes Yang Paling Mudah dan Paling Cepat Untuk Buat Duit.

Tahukah anda?. Dengan fotografi kahwin sahaja, anda boleh dapat RM500 – RM1000 sebulan dalam tangan kerana fotografi jenis ini ialah yang paling popular dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi di mana-mana negara sekalipun. Yang penting anda perlu tahu selok-belok bagaimana untuk bermula. Apakah peralatan kamera DSLR paling basic anda perlu miliki walaupun dengan bajet yang sedikit?

Anda tahu cara untuk bermula, bagaimana nak buat iklan dengan modal RM10 sahaja dan pandai meniru – mudah sahaja untuk anda dapat panggilan dari pelanggan untuk tempahan dan bayaran deposit. Tetapi mungkin anda masih skeptikal. Jika jana pendapatan dengan fotografi adalah semudah itu sahaja, mengapa ramai yang tidak merebut peluang ini?

Ini Kerana, Terdapat Beberapa Mitos Tentang Bisnes Fotografi.

Ramai orang masih mempercayai bahawa bisnes fotografi ialah untuk mereka yang sangat mahir dalam seni fotografi dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya diploma atau ijazah berkaitan bidang ini. Mitos ini ada sedikit kebenarannya tetapi kurang tepat secara keseluruhan. Sesiapa sahaja yang pernah menyimpan hasrat untuk menjalankan bisnes fotografi, pasti akan terfikir tentang beberapa cabaran iaitu : -

Kesemua mitos ini adalah tidak benar sama sekali. Jika anda tahu apakah sebenar rahsia untuk memulakan bisnes fotografi, anda akan terkejut dan kemudian berasa lega mengapa ramai orang tidak mengetahuinya.

Mengapa Bisnes Fotografi Sangat Mudah?

Jika anda telah baca sampai ke barisan ini, itu bermakna anda merupakan salah seorang peminat fotografi. Mungkin anda telah memiliki satu set kamera DSLR ataupun mungkin anda sedang menyimpan hasrat untuk membeli sebuah kamera.

Tetapi alang-alang anda berminat dengan fotografi, apa salahnya jika anda menjadikannya sebagai satu peluang bisnes di samping menimba banyak pengalaman baru untuk menjadi lebih pro. Fotografi ialah satu bisnes yang sangat menguntungkan sekiranya anda tahu rahsia-rahsia yang tidak diketahui ramai.

Mengapa bisnes fotografi sangat mudah?

#1. Permintaan Pasaran Yang Luas

Banyak kenduri kahwin diadakan setiap minggu. Cuba anda kaji di sekitar tempat anda tinggal pada musim cuti sekolah dan kira berapa banyak khemah majlis perkahwinan dipasang?

Itu tidak termasuk majlis bertunang. Pasaran fotografi terutamanya dalam genre perkahwinan dan pertunangan mendapat permintaan yang tinggi sehingga bakal pengantin sukar mencari khidmat jurufoto.

Pendek kata, bukan jurufoto yang mencari klien tetapi sebaliknya klien yang mencari jurufoto. Itulah dilema dalam industri fotografi di Malaysia di mana kekurangan jurufoto berkebolehan untuk menampung permintaan khidmat fotografi. Anda boleh rebut peluang ini sekiranya anda bermula hari ini.

Selain daripada perkahwinan, khidmat fotografi banyak diperlukan dalam fotografi acara seperti hari keluarga, majlis perasmian, seminar, makan malam dan sebagainya. Fotografi acara mendapat banyak permintaan dari sektor kerajaan dan swasta. Buat masa ini perniagaan fotografi acara banyak di dominasi oleh jurufoto bukan Melayu.

Khidmat fotografi juga diperlukan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana (IKS) untuk pengiklanan produk keluaran mereka. Genre ini dikenali sebagai fotografi pengiklanan. Anda boleh jana keuntungan lumayan dengan membuat fotografi untuk produk seperti makanan, kosmetik, kesihatan dan banyak lagi.

Terdapat banyak lagi genre fotografi yang menguntungkan boleh anda ceburi di Malaysia tetapi yang paling mudah, cepat dan menguntungkan ialah fotografi kahwin.

#2. Sangat Menguntungkan

Anda masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia : -

  • EngagementRM600 – RM1,000
  • Wedding (basic)RM800 – 1,200
  • Wedding (standard)RM1,500 – RM2,500
  • Wedding (vip)RM3,500 - RM7,000
  • Birthday party (basic)RM600
  • Birthday party (standard)RM1,200
  • Potrait (per session/2 hours)RM500 – RM1,000
  • Product (per item)RM100 – RM300
  • Product (full set)RM1,000 – RM 5,000
  • Event (half-day)RM400
  • Event (full-day)RM800
  • Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
  • Kindergarten graduation (per student)RM50 – RM80
  • Staff profile (per staff)RM50 – RM100

Kalau sebulan anda boleh dapat dua wedding photography, dua event, satu birthday party – RM4,000 sudah ada dalam tangan. Jika anda telah berpengalaman dan tahu selok-belok industri ini tidak mustahil untuk anda dapatkan tender fotografi majlis graduasi dari taska, kolej dan universiti.

Contoh Keuntungan Untuk Fotografi Majlis Konvokesyen: -

Seorang siswazah anda caj RM200 untuk graduation potrait termasuk gambar bersaiz 8R dan frame + glass.

Untuk majlis konvokesyen sesuatu tahun itu, terdapat 1,000 orang pelajar berjaya bergelar siswazah di universiti tersebut. Anda mendapat bayaran RM200,000!!! Tolak kos peralatan kamera, strobe set, backdrop, cetakan dan framing anda masih boleh untung kira-kira RM50,000!!!

Tidak mustahil untuk mendapat projek fotografi graduasi sekiranya anda bijak mencari peluang tender dan pandai cara meletakkan sebut harga. Fotografi ialah satu industri baru yang semakin pesat berkembang setiap tahun. Daripada perkahwinan sehingga ke konvokesyen, anda berpeluang untuk menceburinya sekiranya anda tahu langkah-langkah yang betul untuk bermula dan mengembangkannya.

#3. Fleksibel

Kerja sehari kenyang sebulan! Itu untuk fotografi pekahwinan. Jika anda dapat projek fotografi majlis konvokesyen, bukan setakat kaya sepanjang tahun, malah anda boleh beli kereta baru secara tunai. Tidak pun anda boleh beli rumah kos sederhana yang baru!

Berbeza dengan kerja bergaji anda perlu berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, kerja membosankan, kena marah dengan bos, minyak kereta yang mahal dan bermacam-macam lagi cabaran hidup. Tapi gaji masih tak cukup untuk menampung keperluan hidup anda.

Dengan bisnes fotografi anda dapat kebebasan mutlak di samping bayaran yang lumayan. Bekerja hari minggu kalau untuk perkahwinan, bertunang dan sebagainya. Dapat satu wedding photography sebulan sudah mencukupi untuk belanja sebulan.

Lebih baik jika anda terima kerja fotografi sebanyak yang mungkin, ianya boleh menjadikan poket anda semakin tebal. Jika anda mahu fokus kepada fotografi perkahwinan sahaja, anda hanya perlu guna tulang empat kerat pada hari minggu.

#4. Tak Perlu Modal Besar

Dengan RM3,000 anda boleh beli sebuah iPhone baru tapi apa keuntungan yang anda dapat? Mungkin rasa bangga dan megah boleh tayang pada kawan-kawan. Beberapa bulan kemudian anda akan berasa bengang kerana model iPhone lebih baru dikeluarkan di pasaran pada harga yang sama dan iPhone anda telah menjadi ketinggalan.

Tetapi dengan RM1,200 sahaja anda boleh dapatkan set kamera DSLR (jenis beginner) termasuk manual speedlite. Dua benda ini sahaja sudah cukup untuk anda lakukan beberapa kerja fotografi seperti wedding, engagement, event, birthday party dan lain-lain.

Dalam banyak-banyak electronic gadget, kamera DSLR ialah yang paling menguntungkan kerana anda beli sekali sahaja tetapi boleh buat duit berkali-kali setiap bulan. Anda tak perlukan kamera DSLR jenis canggih untuk bermula sekiranya anda tahu apakah rahsia sebenar bisnes fotografi.

#5. Kekurangan Jurufoto

Permintaan semakin meningkat tetapi penawaran masih tidak berubah. Itulah realiti industri fotografi di Malaysia, tak cukup jurufoto. Pada hari ini, adalah amat sukar untuk seseorang mendapatkan khidmat fotografi tanpa membuat tempahan 2 atau 3 bulan lebih awal.

Contohnya, jika anda mahu berkahwin 1 bulan lagi dan baru hendak mencari jurufoto, ianya mungkin akan jadi satu masalah besar kerana kebanyakkan jurufoto yang berhampiran lokasi anda sudah penuh ditempah. Lebih-lebih lagi jika tiba musim kahwin (cuti sekolah).

Letakkan situasi ini di mana anda sebagai seorang jurufoto, berapa banyak peluang sedang mencari anda? Pasti tak menang tangan untuk anda terima kerja fotografi daripada ramai klien setiap minggu. Jangan terkejut ada jurufoto amatur yang pandai dalam internet marketing mampu mendapat tawaran sehingga 13 wedding photography pada satu musim sekolah sahaja.
Jika anda tahu bagaimana cara nak marketkan khidmat fotografi anda sama ada secara online atau biasa, tiap-tiap minggu anda boleh dapat satu atau dua job. Itu baru fotografi kahwin. Genre-genre lain yang lebih menguntungkan juga memerlukan ramai jurufoto dan anda boleh rebut peluang ini.

#6. Bisnes Untuk Sesiapa Sahaja

Masih bersekolah? Lepasan SPM? Belajar di IPT? Menganggur? Bekerja? – tiada perbezaan langsung kerana sesiapa sahaja yang ada minat dengan fotografi boleh melakukannya.

Anda tak perlu modal besar. Anda tak perlu pejabat atau studio. Anda tak perlu komputer canggih. Anda tak perlu banyak peralatan untuk bermula. Anda tak perlu belajar sijil, diploma atau ijazah fotografi. Anda tak perlu jadi pro untuk bermula.

 

Yang Anda Perlu Tahu Ialah Ikut 7 Rahsia Dalam Ebook Ini !!!

Ebook ini akan membantu orang baru seperti anda bagaimana untuk bermula dengan bisnes fotografi. Tanpa mengetahui 7 rahsia dalam ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI, anda akan mengalami banyak kesukaran seperti yang dihadapi ramai jurufoto baru.

Paling teruk, anda akan berhenti sekerat jalan tanpa mengetahui apakah kesilapan yang telah anda lakukan. Ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI ini akan membantu anda memulakan bisnes fotografi langkah demi langkah secara betul dan teratur dengan risiko paling rendah.

Daripada ebook ini, terdapat 7 rahsia yang anda akan tahu iaitu : -

Ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI Memberikan Anda Banyak Kelebihan..

Banyak kelebihan yang anda akan nikmati selepas membaca ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI kerana anda akan tahu bagaimana cara untuk bermula dari A-Z dengan risiko paling minima.

Dengan mengetahui rahsia yang terkandung dalam ebook ini, anda akan mempunyai banyak kelebihan berbanding jurufoto di luar sana yang tidak tahu tentang selok-belok perniagaan fotografi cara pantas dengan mudah.

Daripada ebook ini, anda akan tahu :

Dengan mempraktikkan panduan daripada ebook ini, anda boleh terus memulakan bisnes fotografi anda tanpa berasa ragu-ragu lagi. Ikut panduan kami satu-persatu dan anda akan nampak hasilnya sedikit demi sedikit. Dengan usaha dan komitmen terbaik yang anda berikan dalam fotografi, tidak mustahil untuk anda mendapat lebih banyak bayaran sebagai jurufoto.

Ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI Membantu Anda Untuk Bermula

Selepas membaca ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI dan mengikuti langkah demi langkah, berikut ialah manfaat yang akan diperolehi jika anda : -

Pelajar sekolah dan IPT : Belajar fotografi di masa lapang sambil jana pendapatan walaupun RM500 sebulan dengan kamera DSLR. Biar sikit yang penting lama-lama jadi bukit.

Yang belum bekerja : Sambil menunggu peluang kerja, buat duit dengan fotografi kahwin secara part-time. Lagipun jadi photographer secara part-time akan buatkan anda kelihatan lebih profesional walaupun anda belum bekerjaya.

Mempunyai pekerjaan tetap :Tambah income anda di setiap hujung minggu tanpa kerja keras. Boleh tampung bayar hutang dan kumpul buat bayar deposit beli kereta baru.

Minat dengan fotografi :Serampang dua mata. Tingkatkan skill anda dalam fotografi dengan bisnes. Anda boleh gunakan sebahagian income dari bisnes fotografi untuk membeli lebih banyak aksesori fotografi yang lebih canggih.

Bakal usahawan :Mengelakkan anda daripada risiko kegagalan akibat mencuba peluang bisnes-bisnes lain yang anda tidak tahu. Dengan ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI, anda akan nampak dengan jelas mengapa fotografi ialah peluang bisnes yang dijamin untung sekiranya dilakukan dengan betul.

 

Ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI akan membimbing anda langkah demi langkah  sehingga anda berjaya. Anda hanya perlu baca dan praktikkan mengikut tahap keyakinan anda dari satu peringkat ke satu peringkat lain.

Anda telah bersedia mulakan langkah pertama untuk jana pendapatan dengan bisnes fotografi? Dapatkan ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI sekarang sebelum lebih ramai orang menyaingi anda !!!

 

BACA EBOOK PANDUAN BISNES FOTOGRAFI SEKARANG !!!

Ya! Saya mahu baca ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI sekarang!!!

Dapatkan ebook PANDUAN MEMULAKAN BISNES FOTOGRAFI ini sekarang! Hanya RM60 sahaja sebagai langkah permulaan anda untuk menjadi jurufoto yang berjaya!

MAKLUMAN : Ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI ini diterbitkan sebagai panduan untuk mereka yang masih baru dalam dunia fotografi. Ebook ini TIDAK SESUAI untuk jurufoto yang telah berpengalaman luas dan profesional.

 

Yang ikhlas,
Krew Lightworks Picture™

 

P/S : Ramai jurufoto langsung tak tahu apakah rahsia sebenar untuk berjaya dalam fotografi. Anda tahu 7 rahsia dalam ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI, anda maju seribu langkah ke hadapan berbanding mereka.

P/P/S: Pelaburan yang kecil tetapi potensi keuntungan yang besar. Dapatkan ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI sekarang supaya anda boleh bertindak bermula hari ini.

P/P/P/S : Panduan rahsia di dalam ebook ini anda tidak akan temui dalam mana-mana buku, seminar dan kursus fotografi. Mengetahui 7 rahsia dalam ebook PANDUAN BISNES FOTOGRAFI memberi anda banyak kelebihan untuk berjaya dengan mudah berbanding jurufoto lain.

Diterbitkan dan diedarkan Oleh: 
Shuth Network Sdn. Bhd (885642-H), 
No 23, Jalan 3/64, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, MALAYSIA. 
SMS/WhatsApp : 012-3655625

 
Text
>>>>>